Park Hang-seo Nafi Ke Indonesia

Park Hang seo 13 Park Hang-seo Nafi Ke Indonesia
Foto: VNN Channel
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menafikan khabar angin yang mengaitkan beliau ke Indonesia.

Bakal menamatkan kontrak bersama skuad kebangsaan Vietnam secara sah pada 31 Januari kelak, destinasi Park Hang-seo menjadi tanda tanya ramai pihak. Sememangnya khidmat jurulatih berusia 65 tahun itu ditagih banyak pasukan susulan kemenjadian dan kecemerlangan kariernya mengendalikan Vietnam.

Baru-baru ini ada khabar angin dari negara seberang yang mengaitkan beliau ke skuad kebangsaan Indonesia. Bagaimanapun, menurut sumber daripada media tempatan Korea Selatan, Park Hang-seo menepis dakwaan dan khabar angin tersebut.

“Pada pandangan saya, artikel tersebut silap. Saya tak pernah terfikir untuk ke Indonesia. Jurulatih Korea yang bersama Shin Tae-yong bekerja dengan baik bersama skuad Indonesia. Mustahil saya menggantikan mereka,” ujar Shin Tae-yong kepada YTN.

Park Hang-seo kini berhasrat untuk kembali berkhidmat di negara sendiri. Beliau sudah rindu dengan bola sepak Korea Selatan.

“Selagi berkesempatan, saya ingin menyumbang dan berjasa kepada bola sepak Korea. Saya sudah terlalu lama meninggalkan bola sepak Korea dan kini peluang buat saya untuk kembali berbakti disini,” kata Park Hang-seo.