Park Hang-seo Percaya Indonesia Tidak Sehebat Vietnam
Dunia
VFF
Advertisements

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang menemukan Indonesia dan Vietnam telah pun berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan semalam. Perlawanan tersebut telah dilangsungkan di stadium keramat Sang Garuda iaitu Stadium Gelora Bung Karno.

Namun disebalik keputusan seri tanpa jaringan itu, jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakui bahawa para pemainnya mempamerkan semangat juang yang tinggi dan Vietnam telah mencapai sasaran yang ditetapkan untuk perlawanan semalam.

“Perlawanan di tempat lawan sentiasa sukar, tetapi pemain saya mendapat semangat patriotik Vietnam itu. Walaupun kami tidak menang, kami telah mencapai sasaran kami.

Advertisements

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain atas usaha mereka,” kata Park selepas perlawanan, sambil menambah bahawa beliau berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan itu.

Perlawanan semalam menyaksikan Indoensia dilihat lebih merbahaya ketika melancarkan serangan namun gagal menembusi gawang gol Vietnam yang dijaga Dang Van Lam.

Mengulas mengenai kekuatan pasukan Indonesia, Park Hang-seo merasakan mereka semakin hebat dan kuat namun masih tidak mampu untuk menjadi sekuat pasukan Vietnam.

Advertisements

“Indonesia merupakan pasukan yang kuat, tapi Vietnam lebih kuat berbanding mereka. Di bawah kendalian jurulatih Shin Tae-yong, mereka mempunyai ramai pemain baharu dan tahap mereka telah meningkat sejak dua tahun lalu.

“Tetapi baru-baru ini, kami mengalahkan mereka 4-0 dalam kelayakan Piala Dunia, seri 0-0 dalam Piala AFF dan menang 3-0 di Sukan SEA. Oleh itu, Indonesia kuat, tetapi Vietnam masih lebih kuat dari Indonesia,” luah Park Hang-seo seperti dilaporkan VnExpress.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi separuh akhir kedua pada 9 Januari depan dan perlawanan akan dilangsugkan di Stadium Nasional My Dinh.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram