Park Hang-seo Terima Hadiah Perpisahan Luar Biasa

Park Hang seo 7 Park Hang-seo Terima Hadiah Perpisahan Luar Biasa
Foto: The Thao
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo telah menerima hadiah perpisahan yang cukup luar biasa.

Setelah diumumkan secara sah meninggalkan skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo telah dianugerahkan tiket Business Class seumur hidup daripada Vietnam Airlines.

Vietnam Airlines memberikan tajaan seumur hidup tersebut sebagai tanda apresiasi atas khidmat serta sumbangan beliau kepada negara.

Sejak mengendalikan Vietnam pada 2017, jurulatih dari Korea Selatan ini telah mencatat 57 kemenangan daripada 98 perlawanan bersama skuad Vietnam.

Jurulatih berusia 65 tahun ini juga berjaya memberikan beberapa trofi dan meletakkan Vietnam berada pada ranking ke-96 terbaik dunia. Beliau berjaya menghadiahkan satu trofi Piala AFF pada 2018, dua pingat emas sukan Sea pada 2019 dan 2021 serta membawa skuad muda Vietnam menjadi naib juara Piala Asia bawah 23 pada tahun 2018.

Individu inilah yang berjaya menjadikan Vietnam sebagai pasukan gergasi di Asia Tenggara.