Park Hang-seo: Vietnam Dah Sedia Nak Tewaskan Mana-Mana Pasukan Di Separuh Akhir
Dunia
baogiaothong
Advertisements

Pengendali pasukan Vietnam, Park Hang-seo melaungkan keyakinan bahawa pasukan kendaliannya sudah bersedia untuk menewaskan mana-mana pasukan tidak kira sama ada Thailand mahupun Malaysia di peringkat separuh akhir acara bola sepak Sukan Sea Hanoi.

“Pemain telah mencuba yang terbaik dan saya menghargai usaha mereka itu. Tetapi mulai sekarang, pasukan perlu memperbaiki diri untuk bermain dalam dua perlawanan seterusnya.

“Kami hanya tinggal satu perlawanan lagi untuk perlawanan akhir. Kami akan memberikan yang terbaik dan fokus sepenuhnya untuk separuh akhir,” kata Park Hang-seo selepas Vietnam menang 2-0 menentang Timor Leste dalam perlawanan terakhir kumpulan A pada Ahad.

Advertisements

Jurulatih dari Korea Selatan itu juga mendedahkan bahawa beliau memerlukan lebih masa untuk menganalisis corak permainan Malaysia dan Thailand.

“Saya hanya menonton perlawanan mereka (Malaysia dan Thailand) dalam video sahaja dan saya memerlukan lebih banyak masa untuk menganalisis data yang dikumpul. Namun begitu, pasukan kami mempunyai persiapan terbaik untuk menghadapi mana-mana pasukan pada peringkat seterusnya. Tidak kira lawan, kami akan tetap bermain dengan semangat seorang pahlawan yang berani, bersedia untuk berjuang dan menang,” katanya seperti yang dilaporkan VnExpress.

Vietnam kini mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan dan meletakkan mereka di puncak kumpulan A. Vietnam yang juga juara bertahan akan menanti sama ada akan bertemu Thailand ataupun Malaysia di peringkat separuh akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram