Advertising
Park Tae-ha: Bunga Api Bukan Punca Kami Kalah
MakanBola
Pohang Steelers

Pengendali Pohang Steelers, Park Tae-ha tidak menyifatkan gangguan bunga api pada malam 17 Februari lalu sebagai punca kekalahan pasukan itu di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebaliknya, pengendali berusia 56 tahun itu melihat siri kesilapan individu membawa kepada kejatuhan Pohang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Ad

“Saya ingin nyatakan kita ada menerima gangguan bunga api di hotel tempat kita menginap sepanjang malam tetapi itu bukan punca utama kami tewas.

Ad

“Saya rasa kita ada masalah dengan kesilapan-kesilapan individu dan itu punca kita tewas sehingga kita tidak boleh menyaingi JDT,” katanya seperti yang dilaporkan SNE Sports.

Gawang Pohang dirobek barisan serangan Harimau Selatan sebanyak lima kali di SSI. Oscar Arribas, Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi, Jese Rodriguez dan Jorge Obregon mencetak nama sebagai penjaring.

Ad

Pohang membalas menerusi Lee Ho-jae dan Kang Hyeong-je. Dua gol tersebut tidak cukup untuk menghalang juara Korean FA Cup 2024 itu tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ad

Ini kerana pasukan itu kini jatuh di tangga kesembilan selepas dipintas wakil China, Shanghai Shenhua. Ini kerana Shenhua kini di tangga ketujuh selepas membelasah Vissel Kobe 4-2.

Ad

Ini menjadikan Pohang wakil Korea Selatan kedua yang tersingkir selepas juara K-League 1 2024, Ulsan HD. Gwangju menjadi wakil tunggal negara itu yang layak ke pusingan 16 terbaik ACLE.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments