Park Tae-su: Bila Musim Tamat, Saya Tanya Lagi Masih Sunyi
MakanBola
Sabah FC

Bekas orang besi Sabah FC, Park Tae-su mengakui kecewa dengan sikap pengurusan pasukan itu yang berdiam diri tentang status kontraknya.

Tae-su menjadi sebahagian daripada 13 orang pemain yang dilepaskan Sang Badak selepas tamat musim 2024/25.

Pemain pertahanan berusia 35 tahun itu menerima keputusan Sabah untuk tidak mengekalkan khidmatnya bagi menghadapi musim depan.

Pada masa sama, beliau juga berharap pengurusan Sang Badak bersikap lebih profesional bila berurusan dengan pemain.

“Terima Kasih Sabah FC, walaupun pahit saya tetap telan kerana ini adalah sebahagian ataupun lumrah bola sepak. Cuma saya harap di masa depan, kelab boleh bersikap lebih profesional dalam melayan kami sebagai pemain, kami juga manusia.

“Saya masuk Sabah FC dengan cara yang baik di tahun 2019, harapan saya untuk keluar dari pasukan juga dengan cara yang sama. Tapi dari bulan Januari, janji untuk duduk semeja dengan saya berbincang.

“Masa demi masa saya tunggu kerana setia dan sayang saya dengan pasukan (tidak mencari peluang/pasukan lain). Tidak ada jawapan cuma, “Nanti kita jumpa.” Bila musim sudah tamat, saya tanya lagi masih sunyi sepi,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Selain Tae-su, Sabah turut melepaskan Irfan Fazail, Saddil Ramdani, Telmo Castanheira dan Haris Stamboulidis.