Sabah Lepaskan 13 Pemain
MakanBola
Sabah FC

Sabah FC mula mengatur persiapan musim depan dengan mengumumkan senarai 13 pemain yang tidak dikekalkan kelab itu.

Senarai 13 pemain ini diumumkan Sabah di platform rasmi mereka. Antara yang sah tidak bersama pasukan itu ialah Park Tae-su, Saddil Ramdani, Ko Kwang-min, Telmo Castanheira dan Haris Stamboulidis.

“Sesetengah sudah bersama kita selama bertahun-tahun, ada juga mengikut musim. Walau apa pun, sumbangan anda cukup bermakna kepada kelab ini.

“Kami amat menghargai segala-galanya. Anda akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga Sabah FC. Selamat Maju Jaya!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Selain lima tonggak import itu, Sabah turut memilih tidak mengekalkan bekas pemain kebangsaan, Irfan Fazail, Hanafie Tokyo, Ummareng Bacok dan Ramzi Mustakim.

Sang Badak turut mengumumkan Nureizkhan Isa, Hamran Peter, Danial Haqim dan Sahrizan Saidin juga tidak dikekalkan untuk musim hadapan.

Beberapa pemain dilaporkan telah mendapat kelab baharu selepas meninggalkan Sabah FC. Saddil sah menyertai kelab Indonesia, Persib Bandung.

Irfan pula dilaporkan menjadi buruan beberapa kelab Liga Super termasuk juara Liga A1 Semi-Pro musim 2024/25, Melaka FC.