Pas Bermusim Boleh Elakkan Kepeningan Kepala Dapatkan Tiket Atas Talian
Blog
MFL
Advertisements

Dewasa ini sistem penjualan tiket semakin hari semakin canggih dengan menggunakan teknologi atas talian yang dapat membantu memudahkan tugas seorang penyokong untuk membuat transaksi jualan hanya di hujung jari.

Namun begitu, setiap perkara yang melibatkan kecanggihan teknologi pastinya akan mengalami masalah teknikal yang kadang kala tidak dapat dielakkan sekaligus mengundang resah dikalangan para penyokong yang bersemangat untuk membeli tiket.

Inilah yang terjadi kepada operator tiket persendirian, TicketHotline yang tiba-tiba mengalami masalah dengan server mereka apabila jualan tiket ke perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC hendak bermula.

Advertisements

Kekecohan berlaku kepada penyokong yang hendak mendapatkan tiket dan akhirnya pihak kelab yang dituduh sebagai tidak profesional sedangkan kelab tidak mempunyai kuasa untuk mengawal masalah yang berpunca dari pihak ketiga ini.

Namun begitu, perkara ini menunjukkan kepentingan pas bermusim yang kini semakin mendapat tempat dikalangan para penyokong setia bola sepak kerana mereka tidak perlu pening kepala untuk berhadapan dengan masalah seperti ini.

Banyak kebaikan yang sebenarnya boleh diperolehi kepada pemegang pas bermusim kerana mereka sudah dijanjikan tempat duduk yang sama untuk setiap perlawanan dan tidak perlu berebut untuk memasuki stadium selain pelbagai kelebihan lagi.

Advertisements

Paling utama adalah keutamaan untuk membeli tiket perlawanan akhir kerana kita semua maklum bahawa terlalu ramai Bangsa Final yang sanggup bergolok gadai demi mendapatkan tiket final walaupun tidak pernah hadir dalam satu pun perlawanan liga.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan artikel ini tetapi inilah cara bola sepak moden apabila jualan tiket adalah terhad dan kebanyakan penyokong membeli pas bermusim yang juga dapat membantu kewangan kelab.

Monopoli operator jualan tiket persendirian juga tidak memberikan kelebihan buat para penyokong kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk mendapatkan tiket jika berlaku ‘glitch’ kepada penyedia perkhidmatan sedia ada.

Advertisements

Semoga perkara-perkara sebegini tidak lagi berulang kerana ianya akan menjejaskan keyakinan penyokong untuk hadir ke stadium dan ini secara tidak langsung akan menyuramkan liga yang semakin mendapat perhatian pihak korporat untuk menjadi penaja.

Sudah memasuki tahun 2023 tetapi masalah jualan tiket atas talian masih menjadi isu yang melanda arena bola sepak tempatan. Sudah sampai masa MFL hapuskan monopoli operator yang mungkin dilihat selesa kerana tidak ada pencabar yang mencabar. Fikir-fikirkanlah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram