Pas Tahunan JDT Dijual Dengan Harga Serendah RM400
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dengan saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi, semua pasukan termasuk JDT sibuk menarik penyokong bertandang ke stadium. Dan hari ini, Harimau Selatan memberi peluang kepada penyokong mendapatkan pas bermusim dengan harga serendah RM400.

Pengumuman pakej pas bermusim pasukan gergasi tanah air itu dibuat di laman media sosial JDT hari ini.

JDT melihat para penyokong sebagai komponen utama yang memacu kejayaan mereka pada musim lepas. Justeru, dengan tawaran harga menarik ini, ia dapat meningkatkan lagi sokongan penyokong JDT setiap kali pasukan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Terdapat enam pakej pas bermusim yang boleh dipilih penyokong dengan pelbagai tawaran menarik menanti mereka. Ini termasuk jersi pasukan dan ruang tempat letak kereta khas.

Bagi yang mahu membuat pembelian bermula hari ini, boleh hadir ke SSI dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang pada hari Ahad sehingga Khamis kecuali pada hari cuti umum.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram