Pasangan Bapa & Anak OKU Menyentuh Hati, Tamatkan Maraton Sambil Dukung Anaknya
UltraSukan
Wira Sudepraja Rabu
Advertisements

Seorang bapa mencuri perhatian ramai apabila mendukung anaknya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) dalam perlumbaan Maraton Standard Chartered Singapura yang berlangsung pada 3 Disember lalu.

Wira Sudepja Rabu mendukung anaknya, Dihan yang mengalami cerebral palsi untuk menamatkan perlumbaan maraton kategori kerusi roda 10 kilometer (km).

Selepas tamat perlumbaan, Wira meletakkan puteri kesayangannya itu dalam kereta sorong khas sebelum mendedahkan kain rentang yang membawa mesej Hari Orang Kelainan Upaya Antarabangsa.

Advertisements

Hari Orang Kelainan Upaya Antararabangsa jatuh pada hari sama perlumbaan maraton diadakan.

Penyertaan Wira dalam perlumbaan tersebut bertujuan bukan saja memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan cerebral palsi. Malah, ini menunjukkan OKU seperti Dihan mampu aktif dan cergas.

Advertisements

Sejak video tersebut dimuatnaik di Facebook peribadinya beberapa hari lepas, video tersebut mendapat ‘Like’ sebanyak 3,100 kali dan dikongsikan sebanyak 73 kali.

Ramai yang memberi komen positif kepada perkongsian Wira itu kerana ia memberi inspirasi kepada semua terutama buat OKU di seluruh negara.

Advertisements

Malah, video tersebut turut dikongsikan oleh Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MYCP) menerusi laman media sosial rasmi mereka.

Maraton Standard Chartered Singapura menyaksikan penyertaan lebih 44,000 orang peserta termasuk 8,000 peserta antarabangsa dalam pelbagai kategori. Perlumbaan maraton ini berlangsung dari 1 hingga 3 Disember lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram