Pasir Gudang City Boys Unggul Juarai Piala MakanBola B-10
Komuniti
SiniJa
Advertisements

Pasukan Pasir Gudang City Boys (PG City) B-10 unggul menjuarai kejohanan ini dengan mencatatkan 6 kemenangan dan 1 seri dengan 19 gol berjaya dihasilkan.

PG City Boys turut mencatat kadar jaringan tertinggi dalam kejohanan ini dan mereka hanya dibolosi sekali iaitu semasa menentang pasukan di tangga ke-2, KMFC Merah dengan skor 2-1.

KMFC Merah di tangga ke-2 juga memberikan saingan sengit dengan hanya tewas pada perlawanan menentang PG City Boys dan pada masa sama AT JBU9 juga sesekali berpeluang memintas tempat ke-2.

Advertisements

Selain itu kesemua pasukan bermain dengan semangat kesukanan tinggi apabila berjaya menghabiskan perlawanan dalam keadaan cuaca yang agak panas dan perlawanan dijalankan serentak di dua padang berbeza.

Semua pasukan bertanding dalam kejohanan Piala MakanBola menunjukkan aksi-aksi menarik dengan jumlah keseluruhan 62 gol berjaya terhasil.

PG City Boys (B-10) yang berasal daripada Pasir Gudang menebus kekecewaan skuad bawah 12 tahun mereka yang sebelum ini menamatkan saingan di tangga ke-2.

Advertisements

Piala MakanBola yang dicadangkan menjadi acara tahunan untuk kelab-kelab sekitar Johor Bahru bakal menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan tetap bagi mencungkil bakat-bakat baru terutamanya bagi pemain berumur 12 tahun dan ke bawah.

Piala MakanBola turut disiarkan secara langsung menerusi perkhidmatan penstriman Facebook di SiniJa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram