Pasukan 100 Terbaik Dunia Dah ‘Tunggu’ Malaysia?
Dunia
FA MALAYSIA
Advertisements

Kejayaan layak ke Piala Asia 2023 merupakan satu pencapaian membanggakan buat pasukan Malaysia yang dibimbing Kim Pan-gon. Atas sebab itu, FAM mula mengatur persiapan awal kejohanan termasuk perlawanan persahabatan menentang sebuah pasukan terkemuka dunia.

Ini disebabkan kebanyakan lawan di Piala Asia nanti berstatus bukan calang-calang. Justeru, FAM berharap dapat mengadakan perlawanan menentang pasukan ke-100 dunia itu seawal jendela minggu antarabangsa pada Mac nanti.

“Akan ada perlawanan dengan pasukan ternama pada bulan Mac ini, dan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

Advertisements

“Perlawanan akan dimainkan dalam negara sahaja, pasukan tidak akan keluar (bermain di luar negara) pada bulan Mac ini,” dedah satu sumber yang enggan dinamakan kepada Arena Metro.

Ada yang berspekulasi lawan Harimau Malaya untuk perlawanan tersebut ialah Australia. Ini berdasarkan spekulasi di media sosial Football Australia telah menerima jemputan Malaysia dan hanya menanti masa untuk diumumkan secara rasmi.

Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit selepas berjaya muncul lima naib juara terbaik dalam pusingan kelayakan Piala Asia pada Jun tahun lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram