Pasukan Asia Kekal Kebal DI Piala Dunia
MakanBola
Commbank Socceroos

Pasukan Asia yang beraksi di pentas Piala Dunia 2026 masih belum tewas selepas enam pasukan mengharungi aksi pertama kumpulan masing-masing.

Empat pasukan merekodkan keputusan seri dengan dua lagi merekodkan kemenangan. Australia dan Korea Selatan masing-masing ceria meraih tiga mata dalam Kumpulan C dan A.

Magis Hwang In-beom memastikan Korea Selatan menundukkan Czechia 2-1 di Guadalajara. Gol Nestory Irankunda dan Connor Metcalfe pula memastikan Australia menumbangkan Turkiye 2-0.

Jepun dan juara Piala Asia 2023, Qatar pula masing-masing mengikat dua pasukan hebat, Belanda dan Kanada dalam Kumpulan F dan B. Gol pemain tengah Crystal Palace, Daichi Kamada memastikan Oranje hampa diikat 2-2.

Miro Max Maria Muheim pula bernasib malang apabila menjaringkan gol sendiri sekaligus membantu Qatar mengikat Kanada 1-1. Lebih menarik, itu juga mata pertama Qatar dalam sejarah Piala Dunia.

Iran pula terpaksa bangkit sebanyak dua kali sebelum meraih keputusan seri 2-2 dengan pasukan ke-82 dunia, New Zealand dalam Kumpulan H. Satu lagi pasukan gergasi Asia Barat, Arab Saudi mencemaskan Uruguay dalam Kumpulan G sebelum meraih keputusan seri 1-1.

Hal ini menyaksikan enam wakil Asia masih lagi kebal di pentas Piala Dunia dengan tiga lagi pasukan masih belum beraksi. Tiga pasukan itu ialah Iraq, Jordan dan Uzbekistan.

Justeru, ramai peminat bola sepak Asia berharap tiga pasukan tersebut dapat meneruskan rentak positif wakil benua berkenaan dalam saingan Piala Dunia.