Pasukan Futsal JDT Bakal Ditubuhkan Menjelang 2023
Dunia
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan bakal menubuhkan satu pasukan futsal menjelang musim 2023 kelak menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT.

Menurut pengumuman tersebut, satu jabatan khas bakal ditubuhkan bagi memastikan perjalanan pasukan futsal JDT berada pada tahap terbaik.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membentuk satu pasukan futsal pada tahun 2023. Satu jabatan futsal akan ditubuhkan di JDT terdiri dari kakitangan teknikal dan para pemain khusus bagi memastikan futsal Harimau Selatan berada pada tahap yang tertinggi. Luaskan Kuasamu Johor,” lapor media JST.

Advertisements

Pengumuman penubuhan pasukan futsal ini merupakan satu berita baik buat penyokong JDT yang sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk melihat JDT memiliki kelab futsal sendiri.

Di Malaysia, liga futsal diadakan secara profesional menerusi Liga Futsal Kebangsaan (Malaysia Premier Futsal League) yang diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang kini memeiliki 15 pasukan sebagai pemegang taruh liga.

Penglibatan JDT dalam arena futsal Malaysia kelak sudah pasti akan memberikan nilai tambah dan cabaran baru buat kelab futsal dari negeri lain seperti Pahang Rangers dan Selangor Mac sebagai juara bertahan MPFL.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram