Pasukan Liga Malaysia Ungguli Senarai 10 Kelab Terbaik ASEAN Dalam Kejohanan AFC 2022
Dunia
AFC
Advertisements

Tiga pasukan dari Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim, KL City dan Kedah Darul Aman tersenarai antara 10 kelab terbaik ASEAN dalam kejohanan AFC 2022.

Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang bersaing di kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Sementara pasukan KL City dan Kedah Darul Aman pula beraksi di pentas Piala AFC. 

Dalam senarai 10 kelab terbaik ASEAN 2022, JDT menduduki tangga kedua dalam carta. JDT menamatkan cabaran ACL 2022 di peringkat kalah mati setelah tewas kepada gergasi dari Jepun, Urawa Red Diamonds.

Advertisements

Pasukan Harimau Selatan berjaya mencatat empat kemenangan, satu seri dan dua kekalahan sekaligus mengumpul sebanyak 16 mata dalam menyumbang MA Ranking buat Malaysia.

Naib juara Piala AFC 2022, KL City berada di kedudukan ketiga dalam carta 10 Kelab ASEAN terbaik dalam kejohanan AFC 2022. The City Boys berjaya memperolehi 10.84 mata setelah menamatkan saingan dengan tiga kemenangan, tiga seri serta satu kekalahan.

Pasukan Kedah Darul Aman pula tersenarai di kedudukan kelapan dan mengutip sebanyak 3.76 mata. Pasukan kendalian Aidil Shahrin ini mencatat sebanyak dua kemenangan dan satu kekalahan dalam kempen Piala AFC 2022.

Advertisements

Tiga pasukan ini telah membantu dan menyumbang peningkatan MA Ranking buat Malaysia. Edisi kejohanan AFC 2022 menjadi musim terbaik buat pasukan dari Liga Malaysia apabila tersenarai dalam kalangan 10 terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram