Pasukan Thailand Dijadualkan Lawan Leicester City
Asia Tenggara
Leicester City
Advertisements

Dengan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal berakhir tidak lama lagi, pasukan-pasukan mula menyusun jadual pra-musim mereka. Dan Leicester City dikhabarkan bakal bersemuka dengan sebuah pasukan dari Thailand semasa kempen pra-musim 2023-2024.

Walaupun status EPL Foxes masih belum ditentukan dengan kelab berada dalam zon penyingkiran ketika ini, pemilik pasukan Aiyawatt Srivaddhanaprabha atau Top melihat pra-musim di Thailand sebagai cara menaikkan kembali moral pasukan selepas kempen musim 2022-2023 yang kurang memuaskan.

Selain berdepan dengan pasukan Thailand yang tidak dinamakan itu, Leicester juga bakal berdepan Tottenham Hotspur di Negara Gajah Putih itu. Kedua-dua perlawanan ini bakal diadakan di Stadium Rajamangala pada 23 dan 26 perlawanan itu.

Advertisements

Satu pasukan yang berpotensi menjadi lawan Foxes ialah juara Thai League 1 musim ini, Buriram United. Ini disebabkan kedua-dua kelab diketahui mempunyai hubungan rapat termasuk membenarkan pemain-pemain Thunder Castle berlatih di Leicester.

Malah, disebabkan hubungan ini juga, ini membantu Leicester mendapatkan bintang muda Thailand yang sedang meningkat naik, Suphanat Mueanta. Begitupun, disebabkan perpindahan sama, Suphanat tidak dapat menyertai skuad B-22 Thailand yang meraih pingat perak di Sukan SEA 2023 semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram