“Patutlah Bola Sepak Susah Nak Maju” – CEO Baru Perak FC
Dunia
Figura asal “Perak Football Club”
Advertisements

Ketua Pegawai Esekutif baru Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Arie Sham memuat naik satu hantaran di media sosial menunjukkan seolah-olah beliau terkejut dengan hari pertamanya di pejabat pasukan Perak FC.

Seperti yang ditularkan laman Facebook Seladang Fan Club, nukilan tersebut meraih perhatian penyokong bola sepak Perak yang turut memberikan pelbagai komentar.

Beliau memberikan bayangan yang sukar difahami namun sebahagian penyokong memberikan maklum balas tentang kerosakan dalaman yang berlaku sebelum ini pada pasukan The Bos Gaurus.

Advertisements

“Patut la Bola Sepak susah nak maju ke depan..

“Hari pertama di pejabat aku gila amaze on how things work.

“Macam biasa kat mana ada lubuk kat situ diorang pasang jaring, bubu, bom ikan dan macam-macam teknik nak raih hasil.

Advertisements

“Bila orang tanya ini jaring siapa, bubu siapa, bom ikan siapa yang bagi sewa semua barang-barang akan cakap.

“Tak tahu, ehh dari dulu memang macam itu, what the fish man.” Ujarnya seperti yang dimuat naik Seladang Fan Club.

Bobie Farid Shamsuddin sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara Perak FC pada 31 Mei lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram