Pau Marti Dah Tak Sabar Nak Tengok SNBJ Kembali Menjerit
Dunia
Pau Marti
Advertisements

Pembantu jurulatih pasukan kebangsaan, Pau Marti Vicente menzahirkan rasa teruja dan tidak sabarnya untuk menanti aksi kompetitif melibatkan Harimau Malaya.

Beliau merupakan antara salah seorang staf kejurulatihan yang dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon dalam usaha membina semula reputasi pasukan kebangsaan.

Walau bagaimanapun, menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), jurulatih berusia 42 tahun kembali menyuntik semangat para penyokong Harimau Malaya.

Advertisements

Sungguhpun video pendek tersebut memaparkan barisan kejurulatih mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh warga Malaysia, beliau sempat menyelitkan kata-kata buat penyokong tercinta.

’Selamat menyambut hari raya, saya harap kamu menikmatinya.’

’Jumpa nanti pada bulan Jun di Bukit Jalil.’

Advertisements

Sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia, pasukan negara bakal diuji oleh pasukan Myanmar dan juga Hong Kong sebagai persiapan terakhir.

Ini juga memberi ruang kepada barisan kejurulatihan untuk meneliti pemain terbaik yang dimahukan oleh jurulatih berusia 52 tahun itu sebelum ke kejohanan penting tersebut.

Malah, Pan-gon juga kerap kali turun untuk menilai pretasi pemain di stadium dalam usaha untuk membawa para pemain yang dimahukan.

Advertisements

Kecemerlangan aksi pada perlawanan persahabatan sebelum ini sudah pasti mahu ditambah baik bagi mengembalikan semula kegemilangan pasukan negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram