Pau Sekat Protes Penyokong Vietnam Di Media Sosial
Eropah
Paufootballclub
Advertisements

Sejak berpindah ke kelab Ligue 2, Pau pada pertengahan lepas, Nguyen Quang Hai jarang diturunkan dalam kesebelasan utama. Ini mendorong ramai penyokong Vietnam mengkritik kelab berkenaan atas apa yang berlaku sekaligus memaksa Pau menyekat semua mesej dan komen yang dihantar dari Vietnam di laman media sosial mereka.

Menurut Zing News, Pau berbuat demikian selepas ramai penyokong Naga Emas melabel semua hantaran yang dibuat kelab berkenaan sebagai hantaran lama. Ia sebagai protes terhadap kelab yang gagal memberi peluang kepada Quang Hai dalam kesebelasan utama dan membiarkannya beraksi bersama pasukan B mereka.

Susulan itu, semua mesej dan komen yang dihantar dari Vietnam disekat terus oleh Pau. Ini sama sekali berbeza semasa perpindahan Quang Hai diumumkan secara rasmi oleh Les Maynats setahun sebelumnya.

Advertisements

Selepas perpindahan itu diumumkan, bilangan pengikut Pau di Facebook bertambah dari 20,000 kepada 200,000 pengguna. Malah, mana-mana hantaran yang mengetengahkan Quang Hai turut mendapat maklum balas pengguna yang paling ramai.

Bagaimanapun, hasrat penyokong Vietnam melihat Quang Hai menyerlah di Ligue 2 tidak kesampaian. Bintang tengah Naga Emas itu hanya membuat 12 penampilan bersama Les Maynats dengan enam lagi bersama Pau B.

Dengan protes sebegini, ini sudah pasti mendorong Les Bearnais memikirkan semula kedudukan Quang Hai bersama mereka. Sebelum ini, cubaan ejennya mendapatkan pengesahan tentang masa depan bekas pemain tengah Hanoi itu tidak dilayan oleh kelab berkenaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram