Paulo Josue Akui Penswastaan Kelab Adalah Tindakan Yang Tepat
Dunia
klcityfootball
Advertisements

Sejak menyertai KL City pada tahun 2015, Paulo Josue mengakui sentiasa ada kehadiran ahli politik yang berada di belakang tadbir.

Namun, pemain import kelahiran Brazil itu menafikan dakwaan bahawa barisan pemain KL City menghadapi masalah tunggakkan gaji.

“Perbincangan secara lebih teliti perlu dilakukan oleh pihak berkaitan bolasepak khususnya di belakang tabir. Saya sudah berada di sini sejak lima tahun lalu dan sentiasa ada ahli politik namun kami tidak pernah berdepan dengan masalah gaji.”

Advertisements

Tambah Paulo, beliau yakin dengan penswastaan adalah jalan penyelesaian yang terbukti mampu memberi sinar masa depan bola sepak Malaysia.

“Jadi bagi saya, agak sukar untuk terus membuat rumusan. Penswastaan adalah cara yang tepat untuk diikuti dan saya juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat bolasepak Malaysia,” kata Paulo Josue kepada Shootapp.

Paulo Josue dalam pada itu akan kekal bersikap profesional sebagai seorang pemain bola dan percaya jika barisan pemain menjalankan tugas masing-masing, pihak yang bertanggungjawab akan membayar gaji tepat pada masanya.

Advertisements

“Gaji bukanlah motivasi buat kami kerana sebagai pemain profesional, kami sentiasa akan melakukan tugas kami, jadi sudah pasti bayaran perlu dilakukan. Motivasi mesti menjadi bonus kepada kami dan ini adalah sebahagian daripada budaya bola sepak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram