Dunia
AFC
Advertisements

Pemain import Kuala Lumpur City FC (KL City), Paulo Josue berjaya menunjukkan aksi memukau dalam saingan Piala AFC musim ini.

Ketika ini, Paulo Josue mendahului carta penjaring terbanyak Piala AFC selepas berjaya meledak 5 gol dalam 5 perlawanan yang telah beliau lalui bersama KL City.

Namun begitu beliau sedang berkongsi kedudukan penjaring terbanyak Piala AFC bersama tiga lagi pemain iaitu pemain veteran Sogdiana Jizzakh berusia 39 tahun, Jasur Khasano, pemain Viettel, Pedro Paulo dan penyerang Mohun Bagan, David Williams.

Advertisements
Penjaring terbanyak Piala AFC Paulo Josue Mendahului Senarai Penjaring Terbanyak Piala AFC
Penjaring terbanyak Piala AFC. Sumber Transfermarkt.

Pada aksi separuh akhir antara zon Piala AFC semalam, Paulo Josue berjaya meledak satu jaringan menarik dengan melepeaskan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk memberikan gol pendahuluan buat KL City.

https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1567531155376963587

KL City berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila pasukan itu berjaya mara ke perlawanan akhir antara zon Piala AFC dan bakal berdepan pasukan Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada 5 Oktober.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram