Advertising
Paulo Josue Bakal Jadi Wakil Pertama Malaysia Rangkul Kasut Emas Piala AFC
MakanBola
AFC

Kapten ‘Marvel’ pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue berpeluang untuk mencatatkan sejarah buat dirinya dan juga kelab apabila mempunyai peluang cerah untuk merangkul kasut emas Piala AFC.

Prestasi memukau pemain berusia 33 tahun itu telah membawa pasukan untuk mara ke pentas akhir kejohanan dan bakal berentap dengan wakil dari Oman, Al Seeb.

Pada perlawanan akhir Inter-zonal yang lalu, anak didik Bojan Hodak sekali lagi mencipta kejutan apabila menewaskan wakil Uzbekistan, FC Sogdiana Jizzakh menerusi penentuan sepakan penalti.

Ad

Persembahan dan peranan luar biasa yang ditampilkan oleh bintang kelahiran Brazil ini jelas memberi impak yang cukup penting selepas meledak 5 gol dan satu bantuan gol dalam 6 perlawanan.

Ad

Bukan itu sahaja, beliau juga berpeluang untuk memahat namanya selaku wakil pertama dari kelab Malaysia untuk merangkul kasut emas kejohanan.

Sejak 18 tahun kejohanan berprestij ini diadakan, masih tiada lagi wakil dari Malaysia yang pernah bergelar penjaring terbanyak kejohanan.

Ad
Ad

Oleh yang demikian, Paulo kini berada pada landasan terbaik untuk mencipta sejarah sekaligus berpeluang menjulang nama KL City dan juga Malaysia di persada Asia.

Ad

Khusayin Norchaev menjadi penyandang kasut emas tahun lalu tatkala bekas penyerang JDT, Bienvenido Maranon telah menjadi pemenang dua kali pada tahun 2019 dan 2020 bersama Ceres Negros.

Beliau yang dijangka akan terus mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan sudah pasti mahu memanfaatkan detik penting dalam kariernya sekaligus membantu pasukan menjulang piala berpretij di Asia ini.

KL City bakal menanti kunjungan Al Seeb yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini.

View this post on Instagram

A post shared by AFC (@theafchub)