PBSNT Tunggu Surat Dari Faisal Halim
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Selepas bertebaran berita Faisal Halim menuntut hak berkaitan masalah pemotongan gaji dari bekas majikannya iaitu Terengganu FC, pasti ramai pihak tertanya-tanya tentang apa yang telah berlaku kepada pemain Harimau Malaya itu.

Faisal atau lebih mesra disapan ‘Mickey’ sebelum ini meluahkan isi hati beliau melalui laman twitter beliau. Dalam ciapan twitter tersebut, jelas sekali memperlihatkan beliau sedang menuntut hak sambil menegaskan beliau tiada masalah dengan penyokong Terengganu.

Bertindak di atas berita yang tersebar itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan tentang apa yang berlaku dan pihaknya kini sedang menunggu surat dari Faisal Halim sendiri.

Advertisements

“Ada perkara yang sedang berlaku sebenarnya, dan kita sedang menunggu surat dari pihak beliau. Ada isu yang perlu diselesaikan.

“Beliau boleh membuat rayuan. Tiada masalah sebenarnya dan kita boleh bincang dari situlah,” jelas Samsuri.

Advertisements

Dalam pada itu, Samsuri mendedahkan bahawa Faisal sendiri tahu bahawa beliau telah melakukan kesalahan.

“Ada perkara yang tidak patut dia (Faisal) buat tapi telah berlaku dan ada tindakan-tindakan yang ditangguhkan. Apa pun kita bincang tengok macam mana,” jelasnya lagi di Youtube rasmi Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu.

Advertisements

Walaupun terdapat salah faham ke atas apa yang berlaku namun sudah tentu kedua-dua belah pihak akan cuba sehabis baik menyelesaikan isu ini secara profesional.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram