PDRM Akui Tak Selesa Bertemu JDT
Piala FA
PDRM FC
Advertisements

Perlawanan menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bukanlah sesuatu yang dinantikan PDRM. Hal ini turut diakui oleh jurulatih The Cops, Azzmi Aziz bahawa pihak lawan berada pada satu tahap berbeza dan mereka boleh saja menjadi mangsa belasahan seperti beberapa pasukan sebelum ini.

Selain perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang JDT esok, Sang Saka Biru juga perlu berdepan Harimau Selatan untuk perlawanan liga seterusnya di Stadium MBPJ pada 19 April. Dengan dua perlawanan berturut-turut, pasukan mana yang akan selesa dengan prospek bertemu JDT.

Atas sebab itu, Azzmi hanya boleh mengharapkan anak-anak buahnya melaksanakan pelan perlawanan mereka di Stadium Sultan Ibrahim esok. Jika tidak, The Cops bakal berdepan masalah besar mengekang anak-anak buah Esteban Solari.

Advertisements

“OK, kita tahu tahap JDT di mana, mereka antara pasukan terbaik di negara ini. Sembilan tahun juara Liga Super berturut-turut dan mungkin tahun ini akan menang lagi, kita tak pasti.

“Tetapi kita ada peluang yang sangat baik, kita tengok fokus diorang ke mana. TMJ sendiri fokus untuk menjuarai ACL (Liga Juara-Juara Asia) dan itu diorang punya matlamat. Itu sebab kita lihat (dari segi) perbelanjaan dan sebagainya, baginda berusaha membina satu pasukan yang terbaik.

Advertisements

“Tapi kita nampak musim ini, mereka nampak lagi menakutkan bagi saya. Mereka bermain dengan cara permainan bola sepak yang baik dengan kualiti yang ada. Itu sebab mereka dapat beraksi dengan baik sekali.

“Jadi, untuk kami di PDRM ini, kami hanya boleh bersedia memberi cabaran sebaik mungkin. Itu yang kita boleh cakap dan fokus kita pun mungkin berlainan berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini. Mungkin ada perubahan sedikit bagi memastikan kita tidak dibolosi dengan banyak.

Advertisements

“Kalau kita tengok, JDT sudah jaringkan 2, 3, 4, 5, 6, 7 gol, mereka sudah melakukannya. Jadi, itu angka-angka yang kita tak pasti boleh halang macam mana. Saya berharap bila kita turun tanpa tekanan nanti, sebagai pasukan ‘underdog’, kita akan lebih bebas.

“Saya harap pemain-pemain dapat gunakan perlawanan besar ini untuk beraksi dengan bagus. Mereka dapat menunjukkan prestasi dalam perlawanan-perlawanan besar, jangan terlalu menghormati diorang. Ya, mereka memang pasukan hebat tetapi bila anda beri terlalu banyak ruang, pemain-pemain biasa pun boleh jadi hebat.

Advertisements

“Cuma JDT merupakan satu pasukan yang bagus dan mempunyai ramai pemain yang bagus. Anda bagi mereka bermain, kita akan mendapat yang maksimum nanti. Cuma itu saya berharap tak berlaku kepada PDRM nanti.

“Sebabnya seperti yang apa saya katakan, saya nampak pasukan ini berkembang dengan sangat baik daripada perlawanan pertama hinggalah perlawanan menentang Penang. Walaupun kita tewas, dari segi intensiti dan keseluruhan, mereka bermain dengan sangat baik.

“Cuma untuk perlawanan menentang JDT, prestasi mereka sangat-sangat berbeza. Kita akan cuba dengan pendekatan berbeza dan harap-harap kita akan dapat keputusan yang positif nanti,” katanya kepada Astro Arena hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram