Pedri Tolak Peluang Bercuti Untuk Terus Berlatih
Dunia
Photo by David Ramos/Getty Images
Advertisements

Pemain tengah Sepanyol, Pedro Gonzalez Lopez merupakan pemain muda berusia 18 tahun yang sebelum ini mewakili pasukan kebangsaan negaranya, Sepanyol dalam saingan Euro dan Olimpik 2020. 

Ia satu situasi yang amat sukar bagi pemain berusia 18 tahun itu yang sebelum itu sudah bermain di Euro 2020 ketika pasukannya terkandas di separuh akhir bertemu pasukan Itali dalam penentuan sepakan penalti. 

Sungguhpun begitu, beliau masih lagi berjaya membuktikan kredibilitinya apabila dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dalam kejohanan Euro 2020. 

Advertisements

Setelah tamat saingan Euro 2020, ketika kebanyakan pemain antarabangsa lain mengambil peluang untuk bercuti namun keputusan Pedri untuk membantu pasukan kebangsaan Sepanyol di Olimpik 2020 membuahkan hasil apabila pasukannya itu berjaya meraih pingat perak dalam kejohanan tersebut.

Keputusan yang diambil oleh Pedri sebenarnya kurang menyenangkan barisan kejurulatihan Barcelona

Pemain berusia 18 tahun ini merupakan pilihan utama jurulatih Barcelona, Ronald Koeman untuk menjadi nadi pasukan dan beliau adalah watak penting dalam merencana jentera tengah bagi pasukan gergasi Sepanyol  itu. 

Advertisements

Setakat ini, beliau sudah pun mencatatkan sebanyak 73 perlawanan dalam musim 20/21 bersama pasukan Barcelona dan juga Sepanyol.

Pedri berada dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan ketika Euro 2020, juga tampil dalam 52 perlawanan bersama kelabnya, Barcelona bagi musim 20/21. 

Itu adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan akan tetapi ia merisaukan pelbagai pihak kerana memungkinkan untuk memberi tekanan fizikal pada anak muda itu yang belum mendapatkan rehat secukupnya.  

Advertisements

Menurut Jurnalis dari Sepanyol, Ronald Koeman telah mengarahkan Pedri untuk pergi bercuti bagi mendapatkan rehat yang secukupnya kepada beliau sehingga 18 ogos ini.  

Namun pemain kelahiran Sepanyol itu dikatakan menolak tawaran tersebut dan memilih untuk terus menyertai pasukan Barcelona itu mulai esok. 

https://twitter.com/FutbolBible/status/1425020956754563096

Prestasi cemerlang Pedri pastinya terus ditagih oleh Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman untuk membantu pasukannya mengorak langkah positif dalam perlawanan pertama La Liga yang akan bermula hujung minggu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram