Advertising
Peha Berbalut, Peminat Risaukan Tonggak JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Keadaan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan peha berbalut merisaukan peminat menjelang pertemuan berdepan Buriram United.

Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) pusingan 16 terbaik ini menyaksikan JDT bakal melayan kunjungan Thunder Castle di laman sendiri.

Ad

Terdapat 5 orang pemain telah membuat kemunculan dalam sesi latihan sekaligus merancakkan pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad

Menerusi kemas kini latihan oleh Johor Southern Tigers, keadaan tonggak baharu JDT, Samu Castillejo dengan pehanya berbalut merisaukan peminat.

Beliau difahamkan mengalami sedikit kecederaan ketika masuk selaku pemain gantian menentang Buriram United tempoh hari.

Ad

Peminat juga berharap agar bekas bintang AC Milan ini dapat segera pulih menjelang aksi hidup mati pasukan.

Ad

“Semoga cepat sembuh Samu,” ujar Izara Azhar.

Ad

“Semoga okay untuk lawan Buriram,” doa Wan Ismail di laman JST.

Aksi antara JDT vs Buriram United dijadualkan berlangsung jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments