Pelantikan Hamidin Dalam FIFA Buka Ruang Malaysia Bertemu Gergasi Dunia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pencapaian Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA dalam Kongres AFC Ke-33 baru-baru ini merupakan sesuatu yang membanggakan. Dan disebabkan kejayaan ini juga, Malaysia berpeluang menentang pasukan-pasukan jagoan dunia.

Hal ini didedahkan oleh penolong pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar. Ini kerana dengan jawatan tersebut, ia turut mengandungi prestij bersesuaian dengan status Hamidin sebagai wakil Asia dalam Majlis FIFA.

“Pemilihan Hamidin cukup penting kerana beliau selama ini bertungkus lumus dan berkorban demi mengangkat bola sepak negara di peringkat lebih tinggi.

Advertisements

“Pada masa sama, nama Malaysia lebih dikenali dan memudahkan skuad Harimau Malaya untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan berada di ranking lebih tinggi berdasarkan kepada pengaruh Hamidin,” katanya.

Dalam pertandingan tujuh penjuru merebut jawatan tersebut, Hamidin terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA untuk tempoh 2023-2027 selepas menerima 30 undian.

Empat lagi yang terpilih ialah Sheikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani dari Qatar dengan 40 undi, Kohzo Tashima (Jepun/39 undi), Mariano Areneta Jr. (Filipina/34 undi) dan Yasser H. Almisehal (Arab Saudi/35 undi).

Advertisements

Hamidin menjadi Ahli Majlis FIFA kedua dari Malaysia selepas DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda dipilih menjawat jawatan tersebut dari 2015 hingga 2019.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram