Peluang Lihat Aksi Sergio Ramos Hampir Jadi Kenyataan
Eropah
PSG
Advertisements

Pemain kelahiran Sepanyol, Sergio Ramos dikatakan bakal melakukan penampilan pertamanya bersama PSG pada saingan Ligue 1 menentang Angers yang akan berlangsung sabtu ini. 

Masalah kecederaan yang menimpa beliau hampir pasti menemui penamatnya. Menurut Marca, pihak perubatan PSG sudah memberikan isyarat lampu hijau buat Ramos oleh kerana beliau kini sedang berada di sesi latihan penuh bersama PSG. 

Sebelum ini, pemain berusia 35 tahun itu dihantui dengan kecederaan di bahagian betis dan lutut pada waktu yang sama menyebabkan beliau tidak berada di kem latihan PSG bersama rakan sepasukanya sejak kedatanganya pada julai yang lalu. 

Advertisements

Sungguhpun begitu, PSG bakal kehilangan beberapa tonggak utama pasukan mereka seperti Lionel Messi, Angel Di Maria dan Neymar oleh kerana terlibat dalam aksi antarabangsa yang baru sahaja berakhir baru-baru ini. 

Kini, Sergio Ramos berada pada tahap kecergasan yang sangat baik dan bila-bila saja beliau bakal diturunkan dalam kesebelasan utama PSG. Akan tetapi, keputusan tersebut terletak pada tangan jurulatih PSG, Mauricio Pochettino sama ada mahu turunkan beliau ataupun tidak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram