Peluang Terakhir Buat Philippe Coutinho Di Barcelona
Eropah
Instagram: @phil.coutinho
Advertisements

Philippe Coutinho sudah kembali beraksi dalam kesebelasan utama ketika menentang Granada untuk saingan Liga Sepanyol pagi tadi setelah diketepikan selama sembilan bulan akibat daripada kecederaan lutut. 

Perlawanan itu berkesudahan seri dengan jaringan 1-1 yang berlangsung di Stadium Camp Nou.

Bekas pemain Bayern Munich itu juga sebelum ini hanya masuk sebagai pemain gantian menggantikan Luuk De Jong pada aksi babak kedua ketika menentang Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara. Beliau hanya bermain sebanyak 24 minit sahaja. 

Advertisements

Kita sedia maklum, kontrak pemain tengah kebangsaan Brazil itu bersama Barcelona akan berakhir pada tahun 2023. 

Menurut jurnalis dari Sepanyol, Barcelona menetapkan satu polisi kepada para pemain yang baki kontrak tinggal setahun dimana jika kontrak itu tidak di perbaharui maka ianya akan segera di jual dalam jendela perpindahan akan datang.  

Oleh hal yang demikian, pemain berusia 29 tahun itu perlu memberikan aksi terbaik sepanjang kempen 2021/22 untuk pasukan The Catalan agar dapat membalas kepercayaan Presiden Barcelona, Joan Laporta sebelum memperbaharui kontraknya. 

Advertisements

Bekas pemain Liverpool itu masih belum dapat memenuhi kehendak Barcelona dalam memberikan aksi yang terbaik buat pasukan. 

Sejak berkelana ke Barcelona dari Liverpool, beliau hanya berjaya melakukan penampilan sebanyak 91 perlawanan dalam semua pertandingan, dimana beliau hanya berjaya mencetak 23 gol. 

Namun, pemain tengah Brazil itu bakal diberi lebih banyak minit permainan untuk bermain oleh kerana masalah kecederaan yang sedang membelenggu beberapa pemain utama Barcelona. 

Advertisements

Ini mungkin merupakan peluang terakhir Coutinho untuk membuktikan kredibilitinya dalam pasukan The Catalan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram