Barisan pemain akademi Bali United berkesempatan mengadakan lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Lawatan barisan pemain kelab Indonesia itu dikongsikan pengurusan akademi Bali United menerusi satu hantaran di platform rasmi mereka.
“Skuad Bali United B-16 mengadakan lawatan ke stadium pasukan besar Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Sangat senang bisa melihat langsung salah satu kelab paling profesional di peringkat Asia,” katanya dalam satu kenyataan.
Skuad muda Bali United berada di Johor untuk aksi persahabatan antarabangsa dengan skuad JDT B-16.
Selain kelab itu, JDT turut menjemput skuad Buriram United B-16 dan Lion City Sailors (LCS) B-16. Selain bertujuan mengeratkan hubungan antara kelab, ini turut membantu persediaan pasukan muda masing-masing.
Skuad muda JDT merekodkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dalam tiga aksi persahabatan yang dinyatakan.