Pemain Al-Hilal Terima RM1.7Juta Mara Ke Final
Dunia
B/R Football
Advertisements

Kelab Arab Saudi, Al-Hilal mencipta sejarah tersendiri dalam Piala Kelab Dunia sebagai pasukan pertama negara itu mara ke final kejohanan. Dan sebagai ganjaran kepada kejayaan mereka itu, mereka menerima ganjaran kewangan berjumlah RM1.7 juta.

Ia merupakan gabungan dua hadiah iaitu hadiah dari Menteri Sukan, Putera Abdulaziz al-Faisal dan jutawan Saudi, Prince Al-Waleed bin Talal.

Putera Abdulaziz berkenan mengurniakan hadiah kewangan berjumlah AS$130,000 (RM558,000) kepada skuad Al-Za’eem. Sementara Putera Al-Waleed pula berkenan mengurniakan ganjaran berjumlah AS$266,000 (RM1.14 juta).

Advertisements

Ini sebagai meraikan kejayaan kelab itu membenam kelab Brazil, Flamengo di peringkat separuh akhir Piala Kelab Dunia. Al-Hilal mara menerusi dua jaringan Salem Aldawsari dan penyerang Argentina, Luciano Vietto.

Sekiranya Al-Hilal mencipta kejutan dengan menewaskan Real Madrid di pentas final, Putera Al-Waleed bersedia mengurniakan hadiah kewangan tambahan berjumlah AS$266,525 (RM1.14 juta).

Bola sepak Arab Saudi menjadi tumpuan kebelakangan ini terutama selepas Cristiano Ronaldo berpindah ke Al-Nassr pada pasaran perpindahan Januari lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram