Seorang Demi Seorang Pemain Angkat Kaki Dari Manchester United
Dunia
getty images
Advertisements

Phil Jones dan Eric Bailly telah memaklumkan rakan sepasukan mereka di Manchester United bahawa mereka bakal meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.

Duo pertahanan tengah yang terpinggir itu hanya bermula lima kali dalam Liga Perdana di antara mereka musim ini dan mereka bukanlah pilihan utama untuk posisi pertahanan tengah. Mereka merupakan pemain yang berada di belakang pemain seperti Raphael Varane, Harry Maguire dan Victor Lindelof dalam senarai kesebelasan utama pasukan.

Manchester United melakukan kejutan dan banyak pihak tertanya tanya selepas melihat Bailly menandatangani perjanjian baru tiga tahun tahun lalu, walaupun tidak mendapat tempat dalam skuad United.

Advertisements

Selain Bailly, Phil Jones juga merupakan seorang lagi pemain yang diberi kontrak jangka panjang selepas melihat masa depan yang cerah bersama kelab itu.

Pemain pertahanan itu diberi kontrak selama empat tahun pada 2019 selepas pelantikan Ole Gunnar Solskjaer namun begitu segalanya serba tidak menjadi apabila beliau dibelenggu kecederaan sejak itu.

United mungkin bergelut untuk mendapatkan tawaran yang sesuai untuk Bailly dan Jones dan mungkin perlu menerima pengurangan bayaran memandangkan mereka perlu melepaskan kedua-dua pemain ini dek kerana tidak mahu lagi menanggung gaji mereka yang tinggi.

Advertisements

Jika mereka meninggalkan kelab, ini bermakna mereka bakal mengikut jejak langkah rakan-rakan sepasukannya yang lain seperti Paul Pogba, Edinson Cavani, Jesse Lingard, Juan Mata, Lee Grant dan Nemanja Matic yang bakal dilepaskan secara percuma pada penghujung musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram