Pemain B-22 Malaysia Perlu Lupakan Kegagalan Sukan SEA 2023
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Semua maklum dengan kegagalan skuad B-22 Malaysia dalam kempen Sukan SEA 2023 baru-baru ini. Di sebalik semua itu, bekas jurulatih Penang, Datuk Zainal Abidin Hassan mengharapkan pemain-pemain ini menjadikan kegagalan tersebut sebagai medan untuk bangkit semula.

Dengan saingan Liga Super kembali disambung, semua pemain sudah kembali menyertai pasukan masing-masing. Tetapi ada yang bimbang kegagalan mereka dalam kejohanan dwi-tahunan itu bakal memberi kesan kepada prestasi dalam pasukan.

Antara jurulatih yang bimbang dengan situasi ini ialah jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe. Ini disebabkan ramai tonggak Harimau Muda merupakan pemain-pemain Merah Kuning seperti Mukhairi Ajmal, Zikri Khalili dan Harith Haiqal.

Advertisements

Tetapi bagi Zainal, pemain-pemain ini harus profesional dan berani jika diturunkan dalam kesebelasan utama. Ini kerana jika mereka diturunkan, mereka harus berjanji memanfaatkan peluang tersebut untuk memperbaiki kelemahan diri dan menjadi pemain yang lebih bagus.

“Bagi saya, memang mustahak untuk Coach Tan Cheng Hoe untuk membuat satu keputusan. Tetapi bagi seorang pemain, mereka harus bersikap profesional. Jadi, apa yang mereka gagal di Sukan SEA (2023), mereka kena perbaiki. Itu amat penting.

“Dan mereka kena berani. Jika diturunkan, mereka perlu berani dan berjanji akan memperbaiki prestasi. Dan juga, seperti yang kita tahu, sedikit tekanan kepada Selangor. Dengan Tan Cheng Hoe mempunyai pemain yang baru pulang dari Sukan SEA dan kekalahan (menentang Sabah) sebelum menentang Perak,” katanya bila ditemubual Haji Zainal Abidin Rawop untuk Nadi Bola hari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram