Pemain Baharu Terengganu Dijangka Bakal Diketahui 1 Julai
MakanBola
Terengganu FC

Bintang baharu Terengganu FC dijangka diketahui pada 1 Julai ini.

Ini kerana pengurusan Terengganu mendedahkan semua pemain termasuk pemain baharu bakal menjalani latihan pertama pada hari tersebut.

Pengurusan Peteh turut memaklumkan semua pemain baharu yang tiba dipilih sendiri pengendali pasukan itu, Badrul Afzan Razali.

Perkara ini turut disahkan beliau apabila mengulas tentang persiapan Terengganu menghadapi musim 2025/26.

Ini kerana Badrul percaya kehadiran pemain-pemain baharu ini mampu menambah kualiti pasukan gergasi Pantai Timur itu.

“Musim ini saya diberikan hak sepenuhnya untuk memilih pemain yang saya inginkan serta bagaimana taktikal yang ingin diterapkan.

“Jadi saya mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan kita mempunyai skuad terbaik bagi saingan musim baru ini,” katanya.

Terengganu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan Saiful Jamaluddin, Baqiuddin Shamsuddin dan Syafiq Ahmad.