Terengganu mengumumkan Badrul Afzan bakal kekal selaku ketua jurulatih skuad Sang Penyu.
Badrul Afzan diberikan peranan penting untuk membimbing Terengganu pada Oktober lalu selepas jurulatih sebelum ini, Tomislav Steinbruckner mengambil keputusan meninggalkan pasukan.
Masa depan Badrul Afzan bersama Terengganu tanda tanya sama ada akan kekal mengemudi Sang Penyu mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan atau bakal ada jurulatih baharu yang dilantik.
Terkini, menerusi pengumuman di laman media sosial, Badrul Afzan kini sah menggalas tugas sebagai ketua jurulatih tetap Terengganu menjelang saingan Liga Malaysia musim depan.
“Terengganu FC secara rasmi mengumumkan Badrul Afzan Razali dilantik sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC bagi musim 2025/26,” umum pihak kelab.
“Semoga Coach Badrul mampu membuat pembaharuan dan membawa Terengganu FC lebih cemerlang bagi musim baru ini!”
Badrul Afzan merekodkan 10 kemenangan, 5 keputusan seri dan 8 kekalahan sepanjang membawa Terengganu di musim lalu sehingga meraih kedudukan ke-5 di carta Liga Super.