Pemain Barcelona & Atletico Bergusti Atas Padang
La Liga
La Liga TV
Advertisements

Perlawanan membabitkan Barcelona dan Atletico Madrid sentiasa panas dengan insiden pertelagahan pemain kedua-dua pasukan.

Justeru, tidak hairanlah pada Januari 2023, gelagat pemain pertahanan Atletico, Stefan Savic bergusti dengan penyerang Barca, Ferran Torres menarik perhatian lama.

Pertelagahan pada minit ke-92 itu tercetus selepas bekas penyerang Manchester City itu mengeluarkan bola daripada bahagian Barcelona.

Advertisements

Ini mengakibatkan kedua-dua pemain bergusti dan menarik rambut selama beberapa saat sebelum kembali meneruskan permainan.

Bagaimanapun, Savic dan Torres bernasib malang apabila insiden tersebut dikesan oleh pengadil dengan kedua-duanya kemudian dilayangkan kad merah.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 1-0 buat Blaugrana hasil jaringan Ousmane Dembele.

Advertisements

Walaupun insiden ini berlaku pada musim lepas, insiden gusti dua bekas pemain Manchester City itu terus menarik perhatian pengguna media sosial.

Mujurlah aksi terbaru La Liga membabitkan Barcelona dan Los Colchoneros musim 2023-2024 tidaklah sepanas seperti musim lepas.

Bagaimanapun, hajat Atletico membalas dendam tidak kesampaian apabila pemain perancang Portugal, Joao Felix menyumbat gol tunggal perlawanan buat Blaugrana.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram