Pemain Bawah 8 Tahun Patah Kaki Kerana Terjahan Keras Lawan
Komuniti
Google
Advertisements

Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan isu terjahan keras pemain bawah 8 tahun yang telah menyebabkan kecederaan serius terhadap pemain lawan.

Bukan satu malah dua kes telah terjadi pada tahun ini melibatkan kejohanan bola sepak bawah 8 tahun sekaligus mengundang keresahan dalam kalangan ibubapa, jurulatih serta penyokong bola sepak tempatan.

Kes pertama menyaksikan berlakunya kecederaan patah buku lali dalam FH Youth Tournament Genting diantara pasukan Young Guns FC dan Melawati Junior Tigers FC.

Advertisements

Tidak sampai sebulan, kes kecederaan patah kaki seterusnya berlaku dalam Asian Vision Grassroot Cup Rembayu sewaktu perlawanan Young Guns FC menentang TSSX menurut perkongsian Hal Ehwal Pengadil.

Isu kecederaan serius ini turut mendapat reaksi kurang senang daripada netizen yang rata-ratanya menganggap gaya permainan kasar itu tidak sesuai untuk kejohanan bola sepak kanak-kanak.

Malah tujuan kejohanan bola sepak pada usia muda adalah untuk mengasah bakat dan memberi pendedahan awal tentang senario bola sepak berbanding mengejar piala pertandingan.

Advertisements

Kecederaan berat sehinggakan mengalami patah kaki ini boleh mengakhiri karier bola sepak kanak-kanak jika tidak dipandang serius.

Semoga insiden-insiden serius ini tidak berulang lagi ditahap pembangunan bakat muda bola sepak tempatan dan menjadi pengajaran buat pasukan bola sepak junior di Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram