Ads
Pemain Bola Sepak Bertindak Ganas Guna Kerambit Ditahan
Komuniti
Aliff Akhmal

Tindakan seorang pemain bola sepak amatur membawa sebilah kerambit semasa perlawanan di Padang KLFA, Melawati baru-baru ini membawa padah apabila dicekup pihak berkuasa.

Advertisements

Sebelum ini, media sosial kecoh apabila tindakan seorang pemain membawa kerambit dalam satu pertelagahan di padang berkenaan.

Advertisements

Individu tersebut memakai jersi nombor 7 mewakili Farouk FT dan dilihat mahu menggunakan senjata berkenaan semasa pergaduhan tercetus. Sebaik gambar individu berkenaan dimuat naik di media sosial, ia menjadi bualan hangat peminat bola sepak.

Advertisements
Advertisements

Susulan itu, akhbar Harian Metro melaporkan individu berusia 22 tahun itu telah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Klang pada 8 Ogos lalu. Turut ditahan seorang wanita berusia 21 tahun dipercayai teman wanita kepada lelaki berkenaan.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail memaklumkan individu itu akan disiasat di bawah Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Hasil siasatan, suspek mengaku mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri dalam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sementara teman wanita lelaki itu pula ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram