Pengurus Manchester United, Erik ten Hag gembira dengan perkembangan Jadon Sancho yang mula menunjukkan peningkatan tahap kecergasan.
Jadon Sancho sebelum ini kurang cergas dan terlepas beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris sekaligus menyebabkan nama bintang Inggeris ini tercicir ke skuad akhir Engaland di Piala Dunia Qatar.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh wartawan Itali, Fabrizio Romano, Ten Hag percaya pemain bola sepak bukanlah robot dan memerlukan masa untuk kembali cergas.
“Pemain bola sepak bukan robot. Dia (Sancho) kembali ke Carrington dan menunjukan bahawa dia menunjukkan peningkatan dan bersedia untuk langkah seterusnya.
“Saya mahu Jadon kembali secepat mungkin. Namun dalam sesetengah proses, kamu tidak boleh memaksa dan ini salah satu darinya,” ujar Ten Hag.
Manchester United akan bertemu Everton pada 7 Januari, jam 4 pagi untuk aksi Piala FA England dan Jadon Sancho dijangka masih tidak dapat diturunkan untuk memberi peluang pemain ini benar-benar bersedia sebelum dibenarkan kembali beraksi.