Advertisement
Pemain Buriram United Mula Ikuti Media Sosial Dion Cools
Dunia
MakanBola
SF Edit

Para pemain kelab Liga 1 Thailand, Buriram United dilaporkan sudah pun mula mengikuti pemain Harimau Malaya, Dion Cools di media sosial miliknya.

Berita perpindahan bekas bintang Club Brugge ini sudah pun mula tersebar luas di media sosial apabila beliau difahamkan akan meninggalkan bumi Eropah.

Pemain berusia 27 tahun ini dilaporkan akan menyertai sebuah kelab di Thailand iaitu Buriram United.

Sungguhpun sehingga kini, masih tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak mengenai perkara ini, sumber terdekat MakanBola mengesahkan bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan bakal diumumkan tidak lama lagi.

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan tindakan para pemain kelab tersebut yang mula mengikuti laman rasmi Dion Cools di Instagram sekaligus menguatkan lagi berita perpindahan ini.

Malah, terdapat juga ramai pengikut bola sepak dari Thailand yang sudah mula mengikuti Instagram beliau sebaik sahaja berita ini tersebar.

Pengalaman Cools jelas bakal membantu untuk memantapkan lagi pasukan menjelang musim baharu kelak.