Pemain Dan Peminat Yang Tidak Divaksin Mungkin Masih Boleh Menghadiri Piala Dunia Qatar
Dunia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Dunia (FIFA) sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemain bola sepak yang tidak mengambil vaksin Covid-19 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia di Qatar pada tahun depan. Namun begitu, menurut laporan daripada PA News Agency, difahamkan bahawa mungkin terdapat alternatif lain yang akan dikaji untuk pemain, peminat dan juga pegawai di dalam pertemuan antara FIFA dan juga pihak berkuasa kesihatan nasional.

Namun, masih tiada kata putus daripada pertemuan tersebut dengan FIFA masih memantau keadaan global mengenai Covid-19 dengan teliti. Akan tetapi, kemungkinan besar, peminat bola sepak yang tidak divaksin perlu memberikan bukti bahawa negatif daripada Covid-19 dengan membuat ujian menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 manakala peminat yang telah mendapatkan vaksin akan dibenarkan masuk tanpa diuji sekiranya tidak bergejala.

Menurut jurucakap FIFA, “Memandangkan pandemik Covid-19, Qatar sebagai tuan rumah akan menyediakan perlindungan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan dan juga keselamatan semua orang di kejohanan Piala Dunia di Qatar pada tahun hadapan. Setiap pengunjung mestilah mengikut peraturan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Qatar.”

Advertisements

FIFA sebelum ini mengeluarkan kenyataan pada malam ahad yang lepas bahawa mereka mengalakkan dan menyokong usaha World Health Organization (WHO) mempercepatkan urusan mendapatkan vaksin dan berkata bahawa pemain bola sepak tidak sepatutnya mempunyai mendapat akses istimewa untuk mendapatkan vaksin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram