Advertisement

Follow us:

Pemain Import JDT, Levy Madinda Sertai Negeri Sembilan

Levy Madinda Sabah MFL Pemain Import JDT, Levy Madinda Sertai Negeri Sembilan
MFL
Azim Noor
@mohdazim45
10:08pm 14/02/2023
Pivo

Selepas mengumumkan Herold Goulon dan Ezechiel Ndouasel sebagai pemain import mereka, Negeri Sembilan sedikit berahsia tentang identiti awang import ketiga mereka. Hari ini, Levy Madinda sah menjadi awang import terbaru skuad Hoben Jang Hoben.

Hal ini disedari oleh ramai pengguna laman media sosial termasuk wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam apabila skuad Jang mengumumkan kesebelasan utama aksi pra-musim menentang KL City.

Madinda dipinjamkan JDT ke Negeri Sembilan selama semusim bagi membolehkannya beraksi lebih kerap dalam kesebelasan utama. Selain Harimau Selatan, pemain berusia 30 tahun itu pernah beraksi bersama Sabah.

Bekas pemain Celta Vigo itu turut merekodkan 56 penampilan bersama pasukan kebangsaan Gabon. Kehadiran Madinda dilihat dapat memperkukuh barisan tengah Negeri Sembilan menjelang saingan Liga Super yang akan bermula pada akhir bulan ini.