Dunia
belfortkervensfils
Advertisements

Penyerang baharu Kelantan, Kervens Belfort perlahan-lahan mula menyesuaikan diri di tempat baharunya apabila dilihat mencuba makanan tradisional Kelantan, budu. Dalam satu video Tik Tok miliknya, Belfort menikmati nasi sambil mencuba budu yang merupakan juadah terkenal di Kelantan.

Beliau kemudian membuat isyarat tangan thumbs up sambil berkata “Budu the best“. Video berkenaan mendapat pujian dari penyokong yang rata-rata terhibur serta memuji tindakan beliau yang mencuba juadah tradisional tersebut.

Belfort mempunyai sikap yang ramah malah gaya ikonik makan burger beliau bersama pasukan Kelantan turut menunjukkan beliau peka dengan situasi kelab. Gaya tersebut merupakan satu tanda sokongan kerana Kelantan dimiliki oleh Norizam Tukiman yang turut menjayakan perniagaan burger dikenali sebagai Zamburger.

Advertisements
belfort burger Pemain Import Kelantan, Belfort Cuba Makan Budu
Gambar dari Instagram TRW Kelantan FC

Belfort tempoh hari diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama pasukan dalam kemenangan pertama liga ke atas pasukan Johor Darul Ta’zim II. Beliau menyertai Kelantan dari pasukan Abahani Limited Dhaka dan telah menjaringkan 17 gol bersama pasukannya yang lalu.

Belfort yang kini berusia 29 tahun menyertai Kelantan dengan kontrak 3 tahun dan beraksi dibahagian serangan pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram