Dunia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) telah mengumumkan pemain berasal dari Haiti, Sony Norde kini sah sebagai pemain import baharu Melaka United bagi musim 2020.

Norde, kelahiran Grand’Anse, Haiti berusia 30 tahun adalah seorang pemain di posisi Tengah Menyerang (Attacking Midfielder) yang sebelum ini beraksi di beberapa negara serta pemain kebangsaan Haiti.

Beliau merupakan pemain dari skuad pembangunan kelab terkemuka Argentina, Boca Juniors dari 2008 hingga 2011 sebelum ke Mexico menyertai kelab San Luis B dan Altamira.

Advertisements

Sekitar 2013 hingga 2014, beliau kemudiannya berhijrah ke 2 kelab Bangladesh Premier League, Sheikh Russel KC dan SJD Club.

Kelincahan beliau telah menarik kelab-kelab terkemuka India untuk membawanya beraksi di I-League sekitar 2014 hingga 2019 bermula dengan mewakili Mohun Bagan sebelum pernah dipinjamkan ke Mumbai City FC pada 2015 dan 2016.

latihan 1 Pemain Import Melaka United Dari Haiti, Sony Norde
Sony turut menghadiri latihan bersama rakan sepasukan baharunya

Sebelum ke Melaka United, beliau menyertai kelab Azerbaijan, Zira FK untuk beraksi dalam liga utama negara itu, Azerbaijan Premier League.

Advertisements

Pencapaian terbaik Norde setakat ini ialah membantu Mohun Bagan muncul Juara I-League musim 2014/2015 dan Juara Indian Federation Cup 2015/2016 selain telah menyumbang 2 gol antarabangsa sepanjang bersama Haiti setakat ini.

Dengan pertambahan seorang lagi pemain import sekaligus bakal memantapkan lagi Skuad Hang Tuah sebagai salah satu pasukan pencabar dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Beliau menandatangani kontrak semusim bersama Skuad Hang Tuah di Bilik Media MUSA, Stadium Hang Jebat, petang tadi (Khamis, 16 Januari 2020) yang turut dihadiri Pegawai Khas Presiden, En Syahrul Nizam Shamsuddin mewakili Presiden MUSA yang turut dihadiri Bendahari Kehormat MUSA, En Mohamad Rashidi Othman dan Ketua Jurulatih Melaka United, En Zainal Abidin Hassan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram