Advertisement
Pemain JDT & Selangor Dominasi Panggilan Malaysia Ke AFF B-19
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain dua pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor mendominasi senarai pemain bagi menghadapi cabaran Piala AFF B-19.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 28 pemain telah dipanggil oleh ketua jurulatih B-19 kebangsaan, Juan Torres Garrido bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 bermula Ahad, 7 Julai 2024.

Langkah ini sebagai persiapan menjelang Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia, 17 hingga 29 Julai 2024 nanti.

Seramai 12 orang pemain JDT II dan III dipanggil bagi menggalas cabaran negara antaranya ialah Haziq Aiman, Ridzwan Rosli, Danish Hakimi, Pavithran, Arif Safwan dan juga Shafizan Arshad.

8 orang pemain Selangor mendapat kepercayaan pengendali kelahiran Sepanyol itu termasuklah Muhammad Abu Khalil, Amirul Izwan, Aiman Hakimi, Haikal Danish, Adam Haikal dan Zamirul Hakim.

Antara lain pemain yang turut dipanggil ke kem latihan pusat ialah tiga pemain Terengganu lll, dua pemain Sabah lll, dua pemain Akademi Mokhtar Dahari dan seorang tonggak Perak lll.

Skuad Harimau Malaya B-19 akan menjalani latihan pusat selama seminggu sebelum berlepas ke Surabaya pada Isnin, 15 Julai 2024.

Malaysia akan membuka saingan Kumpulan C dengan perlawanan pertama menentang Brunei pada 19 Julai 2024 (Jumaat) diikuti aksi kedua menentang Singapura pada 22 Julai 2024 (Isnin), kedua-duanya di Stadium Gelora 10 November.

Aksi ketiga pula bakala menentang Thailand pada 25 Julai 2024 (Khamis) di Stadium Gelora Bung Tomo.

Juara kumpulan (3 pasukan) serta 1 naib juara kumpulan terbaik akan layak ke separuh akhir pada Sabtu, 27 Julai 2024, seterusnya aksi penentuan tempat ketiga dan Final akan berlangsung pada Isnin, 29 Julai 2024.