Pemain Kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine Sertai Kem Latihan Malaysia

nooalaine Pemain Kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine Sertai Kem Latihan Malaysia
fadhirulshuhaimi

Pemain Kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine dikhabarkan telah menyertai kem latihan pusat bagi skuad kebangsaan bawah 23-tahun malam ini seperti yang dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Pemain ini berusia 19 tahun dan bermain di posisi tengah menyerang. Beliau kini sedang beraksi di Liga Divisyen 1 Finland bersama pasukan SJK Seinajoki.

Expand player

Untuk rekod, pemain muda ini pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Finland bawah 17 tahun 2018 dan berjaya membuat empat penampilan serta satu jaringan ketika itu.

Ibu Noaa Laine ini adalah warga Finland dan bapanya berasal dari Malaysia. Beliau bakal memperkuatkan skuad kebanggsaan bawah 23 tahun bagi saingan Sukan Sea yang akan bermula Jun nanti.

Menurut ciapan di Twitter Harimau Abroad, Nooa Laine telah disifatkan sebagai antara pemain muda yang terbaik di Finnish Top Division.