Pemain Kacukan Dikatakan Minta Bayaran Tak Masuk Akal Perkuat Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain kacukan negara dilaporkan meminta bayaran yang tidak masuk akal kepada FAM sekiranya khidmat mereka ditagih untuk memperkuat Harimau Malaya.

Seperti yang sedia maklum, Malaysia dilimpahi oleh nama-nama pemain kacukan yang tidak asing lagi seperti Matthew Davies, Corbin Ong, Brendan Gan dan Darren Lok yang telah bertungkus-lumus membantu pasukan kebangsaan.

Terbaru, skuad kendalian Kim Pan-gon juga sudah pun menggunakan sepenuhnya khidmat Dion Cools yang berkelana di Eropah selepas proses rundingan FAM bersama pemain tersebut berjalan lancar.

Advertisements

Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh Arena Metro, ada beberapa orang pemain yang menyatakan kesudian untuk beraksi buat pasukan kebangsaan namun meletakkan syarat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya mahu mendapatkan khidmat mereka.

Menurut sumber yang melaporkan kepada Arena Metro, terdapat pemain yang meminta khidmatnya dibayar dengan sejumlah angka yang tidak masuk akal sekaligus menyebabkan khidmatnya terpaksa dilupakan.

“Ada ramai pemain kacukan di luar negara yang mahu beraksi bersama pasukan kebangsaan terutamanya bersama skuad B-23.”

Advertisements

“Akan tetapi FAM terpaksa melupakannya kerana mereka meletakkan syarat tidak masuk akal.”

Katanya, Dion Cools merupakan model terbaik buat pemain kacukan apabila menyatakan kesediannya untuk mewakili Malaysia dengan sepenuh hati.

“Mereka harus mencontohi Cools yang  bersemangat dan sanggup berkorban demi negara tanpa meletakkan syarat pelik.”

Advertisements

Hal ini disebabkan bayaran yang diminta itu amat tinggi yang menyebabkan usaha memperkuatkan skuad sedia ada terhalang.

“Bayaran diminta bukanlah sikit bahkan mencecah puluhan ribu dan disebabkan itulah FAM terpaksa melupakan khidmat mereka,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Malaysia kini dalam usaha membentuk skuad terbaik selepas proses mendapatkan jurulatih baharu bawah 23 tahun negara bagi mewujudkan kombinasi terbaik bersama skuad senior di bawa kendalian Kim Pan-gon.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram