Pemain Kedah & Selangor Beraksi Cemerlang Menentang Sepanyol

Selangor Kedah Pemain Kedah & Selangor Beraksi Cemerlang Menentang Sepanyol
Foto: Jordan FA
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Bintang sensasi pasukan Kedah dan Selangor, Mahmoud Al-Mardi dan Yazan Al-Arab memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu Jordan berdepan Sepanyol awal pagi tadi.

Yazan yang merupakan pertahanan utama  The Red Giants mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatih pasukan apabila beliau beraksi selama 90 minit pada perlawanan ini.

Kematangan dan juga pengalaman pemain berusia 26 tahun berjaya memberikan nilai tambah kepada benteng pasukan namun kehandalan barisan bintang La Roja jelas gagal ditandingi.

Bintang import pasukan Kedah Darul Aman, Mahmoud Al-Mardi turut beraksi dalam kesebelasan utama pasukan dan memainkan peranan selaku pemain sayap kiri.

Namun begitu, aksinya hanya bertahan selama 66 minit sebelum ditukarkan dengan pemain gantian, Hamza Al-Daradour yang menjaringkan gol tunggal bagi pasukan kendalian Adnan Hamad.

Keputusan tidak memihak kepada Jordan apabila mereka terpaksa akur dengan kehebatan anak didik Luis Enrique yang bakal tampil di pentas Piala Dunia Qatar.