Pemain Liga Scotland Main ‘Osom’ Tentukan Sepakan Percuma
Dunia
Sky Sports
Advertisements

Setiap pasukan ada cara dalam menentukan siapa yang mengambil sepakan percuma. Tetapi bagi satu pasukan Liga Perdana Scotland (Scottish Premiership), mereka guna ‘osom’ untuk tentukan siapa yang menyepak.

Pasukan yang dimaksudkan ialah kelab St Johnstone menerusi dua pemain mereka, Cammy MacPherson dan Graham Carey. Rutin tersebut dibuat dalam perlawanan Scottish Premiership The Saints menentang gergasi Scotland, Celtic.

Selepas sepakan percuma dianugerahkan kepada St Johnstone, kedua-dua pemain bermain ‘osom’ sebentar tatkala Celtic menyusun dinding pertahanan mereka. Pada ketika itu, pasukan mereka ketinggalan 3-1 kepada The Hoops.

Advertisements

MacPherson muncul pemenang dan mengambil sepakan percuma ke arah gawang yang dikawal bekas penjaga gol Manchester City, Joe Hart. Bagaimanapun, sepakannya terkena dinding pertahanan Celtic dan melantun semula ke belakang.

Celtic kemudiannya menambah gol keempat menerusi David Turnbull pada minit ke-93. Keputusan perlawanan berakhir dengan kemenangan 4-1 untuk pasukan pelawat.

Walaupun ia berakhir dengan kegagalan, ramai peminat bola sepak di media sosial merasa geli hati dengan gelagat Carey dan MacPherson. Ada yang menyifatkan cara mereka menentukan siapa pengambil sepakan percuma sebagai licik dan bijak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram