Pemain Man United Minta Cuti Rehat
Eropah
Manchester United
Advertisements

Kem Man United kini semakin panas dengan beberapa isu yang melanda pasukan.

Ini selepas terdapat dakwaan bahawa beberapa pemain The Red Devils yang tidak didedahkan namanya inginkan cuti meskipun mempersembahkan aksi yang longlai ketika tumbang pada perlawanan terdahulu.

Menerusi satu laporan oleh The United Stand, sesetengah pemain memohon diberi pelepasan sehari selepas tewas mengejut 1-2 kepada Fulham pada Sabtu. Ini bertentang dengan rutin Erik ten Hag yang akan berkumpul satu pasukan bagi sesi analisa video.

Advertisements

“Sebilangan pemain Manchester United mengadu kepada staf pelatih bahawa mereka ingin cuti pada hari Ahad, sehari selepas mengalami kekalahan 2-1 kepada Fulham walaupun skuad Erik ten Hag biasanya berkumpul di pusat latihan selepas hari perlawanan untuk sesi latihan ringan dan analisis video,” tulis The United Stand di laman X.

Tambahnya lagi, permintaan ini jelas mengejutkan staf pelatih dan segera ditolak bagi memastikan para pemain terus komited bagi mengejar kemenangan di aksi seterusnya.

“Permintaan itu jelas mengejutkan mengingatkan kepada persembahan yang lesu dan (sesi) itu merupakan rutin normal pengurus. Ia ditolak oleh staf, yang mengingatkan pemain tentang komitmen mereka, dengan Ten Hag dipercayai tidak menyedari,” ungkapnya lagi.

Advertisements

Manchester United sebelum ini dikejutkan dengan kekalahan kepada Fulham 1-2 kepada Fulham di laman sendiri yang menyebabkan segelintir penyokong berasa tidak puas hati.

Ditambah pula, dengan masalah dalaman pasukan yang mahu melakukan rombakan besar-besaran dengan menjual beberapa pemain utama mereka.

Manchester United kini berada di tangga keenam liga dengan 44 mata dan akan berdepan Nottingham Forest pada pagi Khamis dalam saingan Piala FA Inggeris.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram